top of page

PENYATAAN INOVASI DAN/ATAU KREATIVITI DALAM PENGAJARAN

2. Persediaan Pra-Kuliah - Menyedia dan melengkapkan diri saya sebelum mengendalikan setiap sesi pengajaran saya. Ini bagi memastikan bukan sahaja saya mampu menyampaikan pengajaran secara berkesan tetapi juga menyampaikan pengajaran dengan informasi dan contoh yang terkini. Persediaan sebelum mengendalikan kuliah ini bagi saya amatlah penting terutamanya bagi kursus kendalian saya iaitulah bidang e-perdagangan dan e-pemasaran yang sentiasa berubah dalam dalam tempoh yang singkat. Menjadi amalan saya untuk memberikan satu input teoritikal dengan disertai pelbagai contoh semasa/terkini dalam setiap kali kuliah kendalian saya dijalankan. Justeru, persediaan pra-kuliah saya kira adalah sesuatu yang wajib bagi saya sebagai seorang warga pendidik agar sentiasa bersedia dan memberikan pengajaran terbaik untuk para pelajar saya.

​

​

​

​

59465328_10156511920163867_3458322192318

​

​

​

3. Ekspektasi Kuliah/Makmal – Setiap kali sebelum memulakan sesi Kuliah dan makmal, saya sentiasa menyenaraikan perkara-perkara atau topik-topik yang akan saya penuhi dalam satu-satu sesi itu kepada para pelajar dalam bentuk AGENDA atau THINGS TO DO. Tujuan pendekatan ini adalah bagi  memberikan garis panduan pengajaran kepada saya dan pembelajaran kepada anak didik saya dan perkara yang perlu semua pihak bersedia untuk satu-satu sesi kuliah atau makmal itu. Kerangka P&P itu membolehkan saya memenuhi “Learning Outcomes” bagi setiap topik yang perlu diselesaikan seperti digariskan dalam Pelan Pengajaran saya. 

​

​

4. Sesi Kondusif untuk Semua – Mewujudkan suasana yang kondusif atau selesa bagi anak didik dan saya sendiri; adalah suatu elemen penting dalam menjadikan sesi perkongsian dan penyampaian ilmu dalam kurssus kendalian saya sesuatu yang berkesan dan berjaya. Dalam erti kata lain, saya sentiasa berusaha untuk menghasilkan suasana kondusif di dalam sesi pengajaran saya dimana para pelajar akan merasa selesa untuk mengikuti kuliah saya dan dalam masa yang sama bersedia untuk berinteraksi, memberikan pandangan kritikal dan terbuka berkaitan topik  yang dibincangkan. Saya sentiasa menegaskan kepada para pelajar bahawa dalam kursus saya mereka boleh berkongsi pandangan tanpa batasan yang bermaksud tiada prejudis samaada idea yang mereka kongsikan adalah benar atau salah, tetapi yang lebih utama mereka sedia menyuarakan pandangan mereka. Sebagai contoh saya sentiasa memulakan kuliah pertama dalam semester saya, dengan mengadakan pendekatan “Class Debate” atas tajuk “World is Flat”. Pelbagai pandangan pelajar saya biarkan mereka kongsikan sesama mereka dan saya hanya memberikan kesimpulan pada akhir sesi perdebatan tersebut. 

​

​

59722978_10156511920098867_2279515671438
bottom of page