top of page

Pernyataan Falsafah Pengajaran Bersambung...

10655176_10152437612433867_2097872074310
Alangkah Bertuahnya Bumi Malaysia, _Tatk

Nah, sifir pengurangan ilmu ini seperti yang dikongsikan oleh Y.A.B Tun Dr Mahathir Mohamad seperti yang telah saya cernakan di atas, adalah sebenarnya juga suatu kesedaran yang menghasil suatu pemahaman kepada saya yang mendorong saya untuk menjadikan rasa ikhlas itu sebagai paksi dan tiang seri kepada falsafah pengajaran BIJAK yang saya sematkan dijiwa. 

 Seperkara lagi, saya juga amat yakin bahawa keikhlasan adalah suatu nilai yang wajib dijiwai dalam mendidik anak bangsa untuk memanifestasikan dua matlamat utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1.    Mendidik insan/anak bangsa ke arah kejayaan (duniawi dan ukhrawi); dan

2.    Mengembangkan ilmu kepakaran seseorang warga pendidik itu

​

Saya menterjemahkan nilai dan usaha mendidik anak bangsa ke arah kejayaan bukan sekadar berjaya untuk memahami ilmu dalam bidang kepakaran saya dan mampu mengaplikasinya dalam konteks sesuatu industri, tetapi juga berjaya untuk menghubungkaitkan ilmu yang diperolehi itu untuk mengenali Sang Pencipta - Allah Yang Maha Bijaksana. Sebagai contoh, bidang kepakaran saya yang berkaitan dengan e-perniagaan dan Pemasaran Internet cuba saya kaitkan dengan rahsia komunikasi antara manusia sesama manusia (hablum minnan nas) dan yang lebih utama komunikasi antara manusia dengan Sang Pencipta (hablum min Allah)

​

Selain itu, keikhlasan dalam mendidik anak bangsa juga pernah dikongsikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamad, suatu ketika dahulu bilamana beliau menghuraikan punca kemunduran dalam sesebuah bangsa dan tamadun. Beliau menegaskan bahawa pemindahan ilmu daripada satu generasi kepada generasi yang lain, sewajibnya diwariskan sepenuhnya dan bukan dengan formula nista dan haloba mementingkan diri sendiri yang beliau ungkapkan sebagai budaya “simpan satu untuk aku”. 

​

Y.A.B Tun Dr. Mahathir telah mengambil contoh pemindahan ilmu dalam dunia persilatan Melayu bagi menghuraikan maksud yang beliau ungkapkan tersebut. Katanya, andaikan seorang pendidik atau mahaguru silat itu mempunyai 10 ilmu atau langkah persilatan dan dek kerana belum ikhlas sepenuh jiwa, maka yang diajarkan kepada para penuntutnya hanyalah 9 ilmu atau langkah persilatan dengan “satu ilmu, simpan untuk aku”. Langkah atau ilmu yang satu itu tidak diajari kerana dibayangi oleh bayang-bayang sendiri, takut-takut, kalau-kalau ada anak didiknya yang akan mengatasi ilmu yang dipunyai oleh si mahaguru silat tersebut.

​

Begitulah juga yang akan berlaku kepada generasi kedua dalam ilmu persilatan itu, cuma bezanya kini, ilmunya hanya ada 9 sahaja langkah persilatan tanpa disedari dan nanti dek kerana tiada keikhlasan, maka hanya 8 ilmu atau langkah persilatan yang akan diwariskan kepada  anak didiknya pula. Sekiranya budaya ini atau falsafah pengajaran seperti ini berlanjutan selama 10 generasi, apakah akan ada lagi ilmu yang akan tinggal untuk diwarisi?  Apakah ilmu itu akan berkembang dengan falsafah seperti ini atau sebaliknya? 

​

bottom of page