
(PhD in E- Business and Internet Marketing)
Senior Lecturer
Department of Food Service & Management
Faculty Food Science & Technology, Universiti Putra Malaysia
Inovasi Pengajaran
8. Project Based Outcome Learning (PBOL) – Selepas memasukkan elemen GOMC yang diperkenalkan oleh Google.com dalam beberapa semester pengajaran kendalian saya, saya merasakan bahawa hasil daripada penerapan elemen ini amat memberangsangkan dalam meningkatkan kefahaman para pelajar terhadap bidang pengajaran saya. Walaubagaimanapun, penerapan aktiviti GOMC terganggu bagi pengajaran dalam setiap semester kedua kerana mengikuti jadual yang ditentukan oleh pihak Google.com untuk pertandingan global tersebut dan selepas itu terhenti sepenuhnya apabila Google.com menamatkan program tersebut pada tahun 2018. Sehubungan itu, saya mengambil inisiatif sendiri dengan memperkenalkan program CIP-UPM dengan menggunakan pendekatan PBOL juga, dimana para pelajar diwajibkan membangunkan laman web rasmi syarikat menggunakan aplikasi Wix.com. Alhamdulillah sehingga Semester 1 Sesi 2019/2020, lebih 20 syarikat telah berjaya para pelajar saya bantu untuk mempunyai laman web mereka sendiri secara percuma dan para pelajar pula memperolehi pengalamanan dan kemahiran yang sangat berharga.
​




