top of page

Pernyataan Falsafah Pengajaran Bersambung...

Kedua-dua elemen yang saya rungkaikan di atas memberikan saya keyakinan untuk terus berpegang kepada falsafah pengajaran BIJAK. Ingin saya tegaskan juga bahawa falsafah pengajaran BIJAK saya ini adalah suatu falsafah pengajaran dan pembelajaran yang dipelopori dan ditanamkan dibenak dan sanubari saya oleh bonda tercinta Puan Rohana Bte Hj. Othman atau lebih dikenali dikalangan warga pendidik sebagai Cikgu Ana, Pengasas dan Pengerusi Tadika Bijak sejak tahun 1995 yang lalu. Bonda saya inilah juga yang sentiasa mengingatkan saya bahawa tugas pendidik ini merupakan suatu amanah suci dan ilmu itu mulia, maka pastikan jiwa kita sentiasa ikhlas dalam melaksanakan amanah kita sebagai warga pendidik dan menyampaikan segala ilmu kepunyaan Sang Pencipta Allah Yang Maha Bijaksana untuk anak membina agama, bangsa dan negara yang cemerlang.

​

Sesungguhnya segala keberhasilan dalam proses pengajaran dan pembelajaran itu saya yakin wajib berpaksikan kepada keikhlasan kita kepada ilmu kurniaan Illahi. Hasil yang tidak terhingga atau infiniti yang merangkumi kejayaan anak didik, kejayaan mengenali Sang Pencipta Allahurabbi dan seterusnya kejayaan percambahan ilmu dalam bidang kepakaran saya ini, bahkan segala kejayaan demi kejayaan selepas itu - hanya akan dapat dinikmati dan direalisasi apabila nawaitu warga pendidik selurusnya dan khususnya diri saya sendiri dipasakkan pada tiang seri keikhlasan saya dan kita semua sebagai warga pendidik yang budiman. 

 

Akhirulkalam, saya simpulkan falsafah pengajaran BIJAK yang saya hayati, yang saya tekuni dan yang saya amalkan selama ini dengan formula sistematika ikhlas seperti di dalam gambarajah berikut:

sistemikhlas.jpg
10612863_10152437612283867_6650311885133
bottom of page