top of page

Pernyataan Falsafah Pengajaran Bersambung...

23130969_10155250945733867_1140786396506
74789174_10157005358648867_5152160201830

Dua elemen ini amat penting bukan sekadar dalam menginsafi bahawa segala ilmu itu adalah kurniaan dan kepunyaan Illahi, tetapi juga dapat membina jatidiri anak bangsa dalam menghargai apa juga ilmu dan menggunakannya untuk membina bangsa, agama dan negara. Sebagai seorang pendidik, saya rasa terpanggil untuk memberikan pendekatan yang sedemikian rupa, kalaupun tidak banyak mungkin sedikit, jika anak didik saya mampu untuk menghubungkaitkan ilmu yang saya kongsikan itu dengan Kewujudan dan Kebijaksanaan Sang Pencipta, maka saya beranggapan; itu juga merupakan suatu kejayaan yang lebih lunak buat mereka. Inilah sebenarnya saya kira terbitnya penjiwaan dalam sesuatu ilmu pengetahuan atau dewasa ini digambarkan sebagai nilai afektif yang hendak saya cuba sematkan dalam jiwa anak didik saya yang tercinta. 

​

Kenapa saya menegaskan premis ini dalam penghuraian falsafah pengajaran BIJAK yang saya hayati dan ingin kongsikan kepada semua? Ini kerana, saya merasakan segala ilmu itu adalah kepunyaan Illahi dan segala ilmu itu sewajarnya untuk memimpin manusia dalam mengenali Sang Pencipta Allah Azzzawajalla yang Maha Bijaksana. Hakikat ini hanya akan tercapai sekiranya saya selaku seorang pendidik mempunyai rasa ikhlas yang tinggi untuk mendidik dengan segala ilmu dan pengalaman yang saya ada tanpa mengharapkan apa-apa balasan melainkan saya berjaya menyampaikan ilmu itu  kepada anak didik tercinta untuk menyumbang ke arah membentuk personaliti mereka sebagai insan yang berjaya di dunia dan moga-moga di akhirat jua.

Justeru, saya merasakan kepentingan nilai keikhlasan dalam mendidik anak bangsa itulah yang akan menjanji suatu naunsa dimana ilmu itu akan dengan sendirinya akan berjaya dicambah-biakkan. Bagaimana ini mungkin terjadi? Ini kerana keikhlasan dalam falsafah pengajaran BIJAK mendorong saya untuk menghasilkan suatu penyampaian yang berkesan lantas mampu pula membina minat yang tinggi dikalangan anak didik saya . Ini memungkinkan mereka untuk terus mendalami ilmu yang saya kongsikan kepada mereka dan seterusnya menggalakkan mereka mencetuskan perubahan dan penambahbaikkan dalam masyarakat menggunakan ilmu yang mereka perolehi. Bahkan juga, perkongsian sesama mereka yang saya terapkan didalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga mampu untuk membina dan mengembangkan minat mereka dalam ilmu kepakaran saya ini.

​

Realitinya, sememangnya bukan mudah untuk menjadikan falsafah pengajaran BIJAK yang saya cuba uar-uarkan ini untuk direalisasikan sepenuhnya oleh seluruh warga pendidik kerana nilai keikhlasan itu perlu dijiwai terlebih dahulu dengan sewajarnya dalam kehidupan seharian kita. 

 

​

Penggarapan falsafah pengajaran BIJAK sehingga terkesan disanubari warga pendidik, merupakan suatu gemblengan tenaga jiwa, minda dan kudrat yang wajib direalisasikan secara berterusan atau secara beristiqamah sebagai suatu reformasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Jika itu nanti terbukti berjaya, maka barulah akan terbinanya bibit-bibit “cinta” dalam ilmu yang seorang warga pendidik itu kongsikan. Saya juga berharap dengan penuh Ihsan apalah kiranya falsafah pengajaran BIJAK ini akan juga mampu diterima pakai oleh rakan-rakan warga pendidik yang budiman. Ini kerana nilai keikhlasan untuk menyampaikan ilmu, seperti yang saya canaikan dalam penghuraian falsafah pengajaran BIJAK di atas, saya yakin  dengan keizinan-Nya jua InsyaAllah usaha menjunjung nilai IKHLAS  ini akan mampu dijiwai oleh warga pendidik sedikit demi sedikit sehinga berjaya semuanya atau bak kata pepatah Inggeris “slowly but surely”. 

bottom of page