top of page

Inovasi Pengajaran

20160324_114218.jpg
20160407_103710.jpg
FB_IMG_1461047428298.jpg

5. Contoh Semasa Pencetus Minda – Menjadi amalan saya untuk berkongsi dengan anak didik saya segala bahan rujukan, informasi dan pautan Internet yang boleh membantu pemahaman pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka. Sebagai contoh dalam Semester 1 Sesi 2016/2017, saya telah memperkenalkan sesi “News Critiques” iaitu sesi 5 minit setiap kali sesi pengajaran, dimana para pelajar diberi peluang untuk berkongsi dan berbincang sebarang maklumat terkini yang mereka temui dengan rakan sekelas mereka. Saya juga sentiasa membuat “posting” dalam Facebook Group-FoodIS Experts saban minggu jika terdapat berita-berita yang menarik dan saya akan mengupas isu-isu tersebut bersama para pelajar di dalam kuliah. Misalnya, saya berkongsi maklumat berkaitan peruntukan lebih RM1.3 juta untuk pembangunan industry e-sukan di Malaysia seperti mana yang diumumkan dalam Belanjawan Negara 2020 yang lalu. Kemudian, saya akan memberikan ruang kepada para pelajar melakukan samaada perbincangan kumpulan, atau perbincangan berpasangan atau sesi sumbang saran untuk mendapatkan pandangan para pelajar dalam isu yang dibangkitkan itu. 

​

​

6. Setiap Semester Satu Inovasi – Sebagai satu usaha penambahbaikan berterusan dengan semangat Falsafah Pengajaran BIJAK, saya menetapkan satu indikator sendiri iaitulah memperkenalkan sekurang-kurangnya satu inovasi setiap kali memasuki semester baharu.  Pendekatan ini bertujuan memastikan P&P saya sentiasa berkembang dan sentiasa “fresh” untuk menarik minat pelajar. Sebagai contoh, saya memperkenalkan CIP-UPM sebagai mekanisme PBOL dalam Semester 2, 2017/2018 dan kemudiannya dalam Semester 1, 2018/2019 saya memperkenalkan pula pendekatan yang memasukkan elemen e-perdaganagn dalam P&P saya dengan penerapan modul Alibaba.com . 

​

​

7. Koloborasi Industri dan Komuniti – Pendekatan ini saya terapkan sebagai salah satu elemen inovasi pengajaran saya dalam usaha memberikan pengalaman sebenar industri kepada anak didik saya. Saya yakin dengan penglibatan industri dan komuniti akan mewujudkan suasana menang-menang (win-win situation) antara industri dengan universiti.  Misalnya dengan perlaksanaan projek lestari melalui “Google Online Marketing Challenge” (GOMC), lebih 20 buah syarikat berkaitan makanan telah melibatkan diri dalam projek pemasaran Internet tersebut dimana para pelajar diberikan peluang untuk membangunkan dan melaksanakan pelan pemasaran Internet melalui aplikasi Google Adwords untuk syarikat-syarikat terbabit. Begitu juga dalam projek Community Internet Project-Universiti Putra Malaysia (CIP-UPM) yang diasaskan oleh saya sendiri dimana lebih 50 buah syarikat telah dibantu oleh para pelajar saya dalam membangunkan laman web rasmi syarikat-syarikat berkenaan.  Walhasil, para pelajar mendapat pendedahan sebenar dunia perniaagaan dan pemasaran Internet manakala industri dibantu dalam aspek penggunaan dan perlaksanaan aplikasi pemasaran Internet secara berkesan. 

​

​

​

​

IMG_20160419_162247.jpg
20160317_105258.jpg
20160407_112100.jpg
FB_IMG_1461047331215.jpg
bottom of page