top of page

PENYATAAN INOVASI DAN/ATAU KREATIVITI DALAM PENGAJARAN

73056414_10156932094483867_6699540526628
Working on Saturday!! Food Innovation Pr

Saya merasakan bahawa amanah sebagai seorang warga pendidik sebuah institusi pengajian tinggi dan berpandukan kepada falsafah pengajaran B.I.J.A.K yang saya hayati, maka saya bertanggungjawab untuk berkongsi ilmu yang saya ada kepada anak bangsa tanpa sebarang diskriminasi kaum, agama, umur dan sebagainya. Saya bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dengan tahap professionalism tertinggi dan mempelbagaikan pendekatan pengajaran saya agar sesuai dengan tahap penerimaan anak didik saya. Bahkan saya juga merasakan dalam mendidik generasi baharu ini, warga perdidik memerlukan interaksi dua hala, dimana saya juga mungkin dapat sebahagian ilmu baharu daripada anak didik saya.

​

Justeru, pendekatan pengajaran saya adalah lebih terbuka dan memberi ruang serta peluang kepada semua pihak baik pelajar atau sesiapa sahaja untuk berkongsi idea dan pengalaman agar sesi pengajaran saya menjadi lebih menarik dan penuh informasi. Dengan masih berpegang kepada Falsafah Pengajaran BIJAK, saya sentiasa mengamalkan pendekatan refleksi dan koreksi diri untuk menambahbaik pengajaran saya setiap kali kuliah/makmal, setiap minggu, setiap semester dan setiap tahun.  Justeru, saya menggariskan beberapa keperluan dan tanggungjawab saya dalam merealisasikan amanah sebagai seorang pendidik seperti berikut:

 

  1.  Persediaan Pra-Semester – Sebelum bermulanya sesuatu semester saya akan sentiasa merujuk kembali apa yang saya telah saya berjaya kendalikan dalam semester yang sebelumnya. Kebiasaannya saya akan membuat perbandingan berasaskan 3 dokumen/perkara penting iaitu: Pelan Pengajaran terdahulu, Course Outlines terdahulu, dan perlaksanaan semasa kursus terbabit dalam semester terdahulu berdasarkan posting saya di PutraBlast dan Facebook Group.  Antara elemen yang menjadi pertimbangan saya ialah sejauh mana saya memenuhi pelan pengajaran saya dan sejauh mana ianya dapat dilaksanakan seperti yang saya gariskan di dalam Course Outline saya. Pertimbangan ini membolehkan saya melakukan penambahbaikan dalam persediaan pengajaran dan pembelajaran saya untuk semester yang seterusnya. Sebagai contoh, saya telah menyediakan satu set manual putrablast saya sendiri bagi membantu penyediaan putrablast saya untuk setiap semester tanpa perlu merujuk kepada archive PutraBlast yang disediakan oleh pihak universiti. Begitu juga, setiap semester “course outline” saya sentiasa dikemaskini dan memasukkan elemen-elemen baharu bagi menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran kursus-kursus kendalian saya. Penambahbaikan ini juga termasuk memperbaiki dan mengemaskini nota kuliah saya dengan memasukkan input terkini yang berkaitan dengan setiap pengajaran agar dapat memberikan suatu nota yang lebih baik dan dilengkapi dengan contoh terkini. 

bottom of page