top of page

Inovasi Pengajaran

11. Perkongsian Hasil Penyelidikan Sebagai Mekanisme Meningkatkan Kefahaman Pelajar - Dalam memastikan kefahaman pelajar dapat diperkasakan, saya seringkali berkongsi hasil kajian terdahulu saya dengan para pelajar. Ini kerana hasil kajian-kajian tersebut dan signifikasi kepada industri dan ilmu pengetahuan telah jelas diterokai melalu kajian yang telah dijalankan itu. Misalnya, kajian saya berkaitan penggunaan media sosial untuk tujuan meningkatkan keternampakan sesebuah organisasi menggunakan aplikasi Facebook Page. Hasil kajian menunjukkan bahawa organisasi yang memberi ruang kepada pengguna untuk berkongsi “posting” dan informasi di dalam ruangan Facebook Page akan dapat menarik lebih ramai pengguna maya untuk mengunjungi laman media sosial mereka dan seterusnya meningkatkan keternampakan organisasi tersebut di ruangan maya. Penerangan ini akan dapat saya sampaikan kepada para pelajar dengan jelas dan penuh keyakinan kerana penguasaan saya dalam perkara itu adalah berdasarkan kajian saya sendiri yang mana saya lebih selesa untuk “bercerita” dan berkongsi ilmu dengan para pelajar saya. 

​

12. Pendekatan “Student Centered Learning” (SCL) - Saya menggunakan kaedah ini dalam mempelbagaikan cara penyampaian ilmu kepada anak didik saya. Sebagai contoh, saya telah beberapa kali memberikan mereka kajian kes untuk dibincangkan dalam kumpulan dan dibahaskan dengan rakan mereka didalam sesi pengajaran saya. Pernah juga saya memberikan klip video Youtube berkaitan Pengurusan Hubungan Pelanggan (Customer Relationship Management) dan kemudiannya meminta pandangan kritis pelajar dalam menggunakan aplikasi itu secara berkesan dalam industri perkhidmatan makanan dan pembuatan makanan. 

 

13. Pengalaman Lalu Membina Kefahaman Kini – Segala pengalaman yang saya pernah lalui dan depani dalam menguasai bidang kepakaran saya selama ini adalah suatu asset yang sangat berharga dalam memberikan kefahaman kepada anak didik saya yang tercinta. Saya sangat selesa untuk berkongsi pengalaman-pengalaman saya itu dengan cara “bercerita” untuk menarik dan memastikan focus para pelajar ketika mengikuti kuliah yang saya sampaikan. Kaedah bercerita dan diselitkan dengan pelbagai analogi-analogi yang saya mampu berikan secara spontan adlaah antara kekuatan saya yang telah berjaya saya kenalpasti dan perbaiki daripada semasa ke semasa. Sebagai contoh, saya telah memberikan perkongsian tentang pertemuan dan perbincangan saya dengan Editor Eksekutif Travel Impact Newswire, Mr. Imtiaz Muqbil dan Ketua Editor, Gaya Travel Magazine, Encik Juhan Kamaruddin semasa menjadi Panel Utama di Seminar Kounsel Perlancongan Islamik di Kota Kinabalu, Sabah dalam tahun 2017 yang lalu. Antara lain perbincangan kami berkaitan kepentingan dan keperluan Teknologi Maklumat dan Media Sosial dalam industri perlancongan di dunia Islam. Perkongsian ini telah berjaya menarik minat anak didik saya dan saya membuka perbincangan berkaitan perkara yang sama dikalangan para pelajar pula. Begitu juga segala pengalaman yang saya perolehi sebagai Duta Malaysian Global Innovation and Creativity (MAGIC) UPM yang banyka melibatkan industry dan komuniti usahawan akan juga saya kongsikan dengan para pelajar saya. Secara tidak langsung, pengalaman masa lalu saya itu telah membuka lembaran baharu kefahaman kepada anak didik saya dalam masa sekarang. 

bottom of page