top of page

Inovasi Pengajaran

​

​

9. Pembinaan Mentaliti “Job Creator” – Sebagai memenuhi elemen Kemahiran Keusahawanan (KK) dalam kursus kendalian saya, semenjak Semester 1 2018/2019, saya telah mula memasukkan modul e-perdagangan menerusi modul yang disediakan oleh Alibaba.com melalu program Global E-Commerce Talent (GET) yang turut mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).  Melalui pendekatan ini saya cuba untuk menerapkan elemen keusahawanan yang lebih proaktif dan juga bersifat “hands-on” dikalangan para pelajar saya.  Saya yakin elemen keusahawanan amat penting untuk diterap dan jadikan sebagai suatu elemen utama dalam pengajaran saya kerana keperluan yang sangat tinggi bagi membantu kebolehpasaran pelajar apabila bergaraduat nanti. 

​

10. Pendedahan Pelbagai Pengalaman Pembelajaran Atas Talian (Online Learning Experience) – Menyedari akan kepentingan pendedahan kepada ilmu dan kemahiran secara global terutamanya dalam bidang e-perdagangan dan pemasaran Internet; saya telah menerapkan pembelajaran atas talian yang membolehkan para pelajar mendapat pendedahan ilmu yang lebih terbuka dan menyeluruh. Sebagai contoh, saya mewajibkan para pelajar saya untuk mengikuti dan mendapatkan akreditasi Google.com menerusi modul yang ditawarkan di dalam Google Digital Garage (GDG).Begitu juga saya telah mewajibkan para pelajar saya untuk menyertai GO e-Commerce Group menerusi aplikasi Ding Talk yang disediakan oleh Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC).  Semua ini akan membuka minda para pelajar saya untuk mendapat lebih pengetahuan dan kemahiran menerusi atas taliabn selain daripada pendedahan yang saya berikan di dalam kuliah dan makmal kendalian saya. 

Hello my beloved FB friends...if anyone
bottom of page