top of page

Keberkesanan Inovasi

14. Pasca Kuliah: Refleksi dan Koreksi Diri – Dalam berdepan dengan para pelajar saya, saya sentiasa cuba mengamalkan pendekatan berfikiran terbuka dan bersedia menerima sebarang teguran atau cadangan untuk menambahbaik sesi pengajaran saya. Ini adalah sesuatu yang amat penting sebagai suatu asas refleksi diri terhadap pendekatan pengajaran saya iaitu samaada ianya  memberikan kesan positif kepada kefahaman para pelajar yang mengikuti sesi pengajaran saya atau sebaliknya. Justeru, saya telah memasukkan elemen penulisan blog sebagai penulisan reflektif setiap minggu bagi menggantikan laporan makmal mereka yang dilakukan secara atas talian. Selain dapat memahami kefahaman para pelajar, pendekatan ini akan dapat memberikan peluang kepada saya untuk mengikuti perkembangan pelajar dari semasa ke semasa dan memberikan maklum balas kepada mereka samaada maklumbalas lisan ataupun bertulis. 

 

15. Pengurusan Lestari Pengajaran Bestari – Pengurusan lestari pengajaran saya adalah satu lagi asas inovasi pengajaran yang sangat penting dalam memberikan pengajaran yang lebih baik kepada para pelajar saya atau saya istilahkan sebagai pengajaran bestari. Semasa mengambil tanggungjawab mengendalikan kursus-kursus utama kendalian saya iaitu Pengurusan Sistem Maklumat dalam Industri Makanan (FSM4401) dan Sistem Maklumat Pengurusan untuk Industri Perkhidmatan Makanan (FSM 4503), kedua-duanya tidak mempunyai suatu manual pengendalian makmal yang teratur dan dikendalikan secara tidak tersusun oleh pengendali terdahulu kursus-kursus berkenaan. Walaubagaimanapun, mulai Semester 1 2018/2019, saya telah menyiapkan satu manual lengkap pengendalian makmal kursus-kursus berkenaan dengan pembahagian teratur mengikut masas yang lebih tepatr dengan intipati topik yang lebih berkesan. Begitu juga saya tyelah memperkenalkan satu manual PutraBlast bagi kedua-dua kursus di atas bagi memudahkan pengurusan pengendalianya bagiu setiap semester apabila ianya ditawarkan kepada para pelajar. Usaha-usaha pengurusan lestari ini dapat memberikan persepsi positif dikalangan pelajhar dan membantu para plejar untuk memperolehi suatau sesi pengajaran yang berkesan dan bestari. 

NEXT
bottom of page